KEPENTINGAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT
Disediakan oleh : Premi A/P Rajendran
GAMBAR : SESEORANG STAF MENYIMPAN DAN MEREKOD SECARA TIDAK SISTEMATIK |
MARILAH KITA SEBAGAI BAKAL GURU PADA MASA HADAPAN BERFIKIR CARA YANG TERBAIK MENYIMPAN MAKLUMAT DENGAN SISTEMATIK DENGAN BANTUAN TEKNOLOGI |
Sistem pengurusan maklumat ialah sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran, dokumentasi dan laporan program latihan, kelas serta aktiviti dalam talian. Sistem pengurusan maklumat juga dikenali sebagai ‘Learning Management system’. Kebiasaannya, sistem pengurusan maklumat ini digunakan oleh digunakan oleh pelajar-pelajar atau siswah pedidik, pensyarah, staf-staf di pejabat dan ahli perniagaan yang mempunyai rangkaian yang besar.. Oleh itu, sistem ini amat penting untuk semua orang terutamanya kepada golongan pendidik, pelajar dan ahli perniagaan.
Antara kepentingan sistem ini dalam sistem pendidikan ialah pelajar dapat berkongsi maklumat tentang pelajaran antara pelajar dan juga pensyarah atau guru. Hal ini membolehkan mereka dapat berkongsi sesuatu maklumat dengan mudah dan bila-bila masa. Misalnya, Pelajar-pelajar juga dapat berkomunikasi secara maya dan memperoleh idean semasa melaksanakan kerja kursus, ulangkaji dan sebagainya. Keadaan ini juga membolehkan pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi terutamanya, dapat meningkatkan pemahaman mereka dalam sesuatu bidang yang dipelajari. Seterusnya, sistem ini juga memudahkan untuk menyimpan rekod dengan selamat. Hal ini dikatakan demikian kerana, penyimpanan maklumat secara berpusat ini merupakan cara penyimpanan maklumat yang lebih selamat.
Sistem ini juga sangat penting dalam bidang perniagaan kerana ia berfungsi dalam perakaunan, penjanaan dokumen dan laporan kawalan. Ia juga penting dalam mengurangkan risiko dalam perniagaan. Dalam hal ini, risiko yang dimaksudkan dalam sistem perniagaan ialah kehilangan maklumat mengenai pelanggan, pembekal dan pekerja dalam sesebuah syarikat yang juga dianggap sebagai salah satu aset yang sangat berharga dalam perniagaan. Sistem ini dapat mengelakkan sebarang risiko dalam sesuatu perniagaan kerana sistem ini akan menjadi bahan bukti dan sekali gus membantu membuat salinan bagi dokomen-dokumen yang disimpan dalam sistem tersebut.
Sistem ini sangat berguna dalam menjimatkan kos operasi kerana sistem ini membantu peniaga untuk mengurangkan penggunaan kertas dan ruang pejabat. Keadaan ini akan memudahkan proses penyimpanan maklumat dalam sesuatu perniagaan yang dijalankan secara besar-besaran. Misalnya, seseorang yang berniaga tidak perlu menggunakan sistem maklumat secara manual yang agak kompleks dan sukar untuk menyimpan maklumat mengenai urusan perniagaan antara pembekal dan pelanggan. Sistem pengurusan maklumat ini berguna untuk mengurangkan perbelanjaan dan memaksimumkan keuntungan dalam kalangan peniaga.
Selain itu, sistem pengurusan maklumat juga penting untuk menjimatkan masa seseorang peniaga yang menjalankan perniagaan secara besar-besaran. Misalnya, sistem ini akan membantu peniaga yang mempunyai syarikat di peringkat antarabangsa. Sistem pengurusan maklumat ini juga akan membantu para peniaga atau staf di sesuatu syarikat dalam menjimatkan masa mereka semasa mencari maklumat mengenai pembekal dan pelanggan dengan pantas dan mudah serta dapat menjimatkan masa. Sistem ini penting untuk membantu urusan perniagaan berjalan secara lancar.
Kepentingan yang lain turut diperolehi ialah, sistem ini memudahkan urusan antara pelanggan dan syarikat yang mereka menerima barang dan perkhidmatan. Dalam hal ini, sistem ini sangat penting untuk memudahkan pelanngan berhubung dengan sesuatu syarikat terutamanya ketika membuat pesanan untuk membeli sesuatu barang. Selain itu, sistem ini penting untuk pelanggan mereka boleh melihat serta memilih sesuatu produk yang dijual oleh sesebuah syarikat secara atas talian. Keadaan ini menjimatkan masa, tenaga dan wang pelanggan. Oleh itu, sistem penting untuk memudahkan cara pembelian produk serta menarik perhatian pelanggan.
Kesimpulannya, sistem pengurusan maklumat ini sangat penting untuk semua pihak supaya sesiapa yang menggunakan sistem ini akan menerima banyak manfaat pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment