CIRI-CIRI DAN KEGUNAAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT
Disediakan oleh : Priyatharshini A/P Munusamy
Sistem pengurusan pembelajaran atau lebih dikenali sebagai ‘Learning Management System’ (LMS) merupakan sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran, dokumentasi dan laporan program latihan, kelas serta aktiviti dalam talian, program e-pembelajaran dan kadar latihan. Terdapat tiga bahagian dalam sistem pengurusan pembelajaran iaitu ciri-ciri sistem pengurusan maklumat, kegunaan sistem pengurusan maklumat dan kepentingan sistem pengurusan maklumat.
Antara ciri sistem pengurusan maklumat adalah sistem ini melibatkan penggunaan kos secara efektif. Seterusnya, melalui sistem ini pelajar berpeluang untuk membincangkan dan berkongsi maklumat dengan pensyarah menggunakan emel. Sistem ini juga meletakan bahan kursus di atas talian. Sistem pengurusan maklumat ini memusatkan strategi pembelajaran dan pengajaran. Akhir sekali, ia memasang dan menyampaikan inti pembelajaran dengan cepat dan tepat.
Terdapat beberapa kelebihan pengunaan LMS
kepada individu dan organisasi. Antarannya, ia memudahkan e-pembelajaran dengan
platform pembelajaran secara online. Selain itu, ia dapat menyediakan satu
portal yang berjenama untuk penghantaran e-pembelajaran. Melalui sistem
pengurusan maklumat ini kita dapat menyemak semula dan melaporkan tentang
status program-program latihan di dalam sesebuah organisasi.
Di
samping itu, sistem ini dapat menguruskan kos latihan melalui pelbagai cara
seperti membolehkan penjimatan kos e-pembelajaran. Sebagai contohnya, kos bagi
perjalanan, penginapan, bekerja lebih masa dan kos pengajaran yang lebih rendah
serta menyelaraskan pentadbiran program latihan di setiap organisasi.
Seterusnya, ia meningkatkan pematuhan dengan keperluan kawal selia. Justeru,
sistem pengurusan maklumat membolehkan pelajar dan pensyarah berbincang dengan
mudah untuk mengakses kepada bahan pembelajaran.
Selain
itu, sistem ini akan menggabungkan kaedah latihan pada platform berasaskan web
yang berskala. Ia disesuaikan dengan kandungan dan membolehkan penggunaan
semula pengetahuan. Seterusnya, ia meningkatkan perjumpaan kelas yang tidak
berjadual dan kelas pendidikan jarak jauh yang diajar melalui media lain dan
menawarkan kelas hibrid. Akhir kala, sistem pengurusan maklumat ini menyelia
kerja-kerja pelatih dan pelajar dalam bidang untuk memberi nasihat akademik.
LMS
digunakan bertujuan untuk memudahkan penyampaian atau peghantaran kursus secara
talian. LMS telah digunakan secara meluas di universiti dan pusat pengajian
tinggi di seluruh dunia. Terdapat beberapa kegunaan sistem pengurusan maklumat.
Antara kegunaan yang paling utama adalah sistem ini digunakan untuk
menyeragamkan usaha pentadbiran dan memudahkan anggota kakitangan menerima
program atau latihan yang sesuai. Selain itu, sistem ini membantu menguruskan
bilik darjah, tenaga pengajar dan kelengkapan yang diperlukan untuk
menyampaikan kursus dengan lebih efektif.
Sangat berfaedahh! Terima kasih ..
ReplyDeleteSatu blog yang menarik dan hebat 😍
ReplyDelete