Tuesday, October 2, 2018


 
           CIRI-CIRI DAN KEGUNAAN SISTEM        PENGURUSAN  MAKLUMAT
                                 
Disediakan oleh :  Priyatharshini A/P Munusamy

Related image



Image result for PELAJAR PELAJAR DI MAKMAL KOMPUTER



                  Sistem pengurusan pembelajaran atau lebih dikenali sebagai ‘Learning Management System’ (LMS) merupakan sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran, dokumentasi dan laporan program latihan, kelas serta aktiviti dalam talian, program e-pembelajaran dan kadar latihan. Terdapat tiga bahagian dalam sistem pengurusan pembelajaran iaitu ciri-ciri sistem pengurusan maklumat, kegunaan sistem pengurusan maklumat dan kepentingan sistem pengurusan maklumat. 

               Antara ciri sistem pengurusan maklumat adalah sistem ini melibatkan penggunaan kos secara efektif. Seterusnya, melalui sistem ini pelajar berpeluang untuk membincangkan dan berkongsi maklumat dengan pensyarah menggunakan emel. Sistem ini juga meletakan bahan kursus di atas talian. Sistem pengurusan maklumat ini memusatkan strategi pembelajaran dan pengajaran. Akhir sekali, ia memasang dan menyampaikan inti pembelajaran dengan cepat dan tepat.

 Terdapat beberapa kelebihan pengunaan LMS kepada individu dan organisasi. Antarannya, ia memudahkan e-pembelajaran dengan platform pembelajaran secara online. Selain itu, ia dapat menyediakan satu portal yang berjenama untuk penghantaran e-pembelajaran. Melalui sistem pengurusan maklumat ini kita dapat menyemak semula dan melaporkan tentang status program-program latihan di dalam sesebuah organisasi.

Di samping itu, sistem ini dapat menguruskan kos latihan melalui pelbagai cara seperti membolehkan penjimatan kos e-pembelajaran. Sebagai contohnya, kos bagi perjalanan, penginapan, bekerja lebih masa dan kos pengajaran yang lebih rendah serta menyelaraskan pentadbiran program latihan di setiap organisasi. Seterusnya, ia meningkatkan pematuhan dengan keperluan kawal selia. Justeru, sistem pengurusan maklumat membolehkan pelajar dan pensyarah berbincang dengan mudah untuk mengakses kepada bahan pembelajaran.

Selain itu, sistem ini akan menggabungkan kaedah latihan pada platform berasaskan web yang berskala. Ia disesuaikan dengan kandungan dan membolehkan penggunaan semula pengetahuan. Seterusnya, ia meningkatkan perjumpaan kelas yang tidak berjadual dan kelas pendidikan jarak jauh yang diajar melalui media lain dan menawarkan kelas hibrid. Akhir kala, sistem pengurusan maklumat ini menyelia kerja-kerja pelatih dan pelajar dalam bidang untuk memberi nasihat akademik.

LMS digunakan bertujuan untuk memudahkan penyampaian atau peghantaran kursus secara talian. LMS telah digunakan secara meluas di universiti dan pusat pengajian tinggi di seluruh dunia. Terdapat beberapa kegunaan sistem pengurusan maklumat. Antara kegunaan yang paling utama adalah sistem ini digunakan untuk menyeragamkan usaha pentadbiran dan memudahkan anggota kakitangan menerima program atau latihan yang sesuai. Selain itu, sistem ini membantu menguruskan bilik darjah, tenaga pengajar dan kelengkapan yang diperlukan untuk menyampaikan kursus dengan lebih efektif.

Kepentingan Sistem Pengurusan Maklumat

    KEPENTINGAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT

 Disediakan oleh : Premi A/P Rajendran 

Image result for multitasking
GAMBAR : SESEORANG  STAF MENYIMPAN DAN MEREKOD  SECARA TIDAK SISTEMATIK 

               
Image result for GAMBAR SESEORANG BERFIKIR
MARILAH KITA  SEBAGAI BAKAL GURU PADA MASA HADAPAN BERFIKIR CARA YANG TERBAIK  MENYIMPAN MAKLUMAT DENGAN SISTEMATIK DENGAN BANTUAN  TEKNOLOGI

                 Sistem  pengurusan  maklumat  ialah  sebuah  aplikasi  perisian untuk pentadbiran, dokumentasi dan laporan program latihan,  kelas  serta aktiviti dalam talian.  Sistem pengurusan maklumat juga dikenali sebagai ‘Learning Management system’.  Kebiasaannya, sistem  pengurusan maklumat ini digunakan oleh  digunakan oleh pelajar-pelajar atau siswah pedidik, pensyarah, staf-staf di pejabat dan ahli perniagaan yang mempunyai rangkaian yang besar.. Oleh itu, sistem ini amat penting untuk semua orang terutamanya kepada golongan pendidik,  pelajar dan ahli perniagaan.
                
                Antara kepentingan sistem ini dalam sistem pendidikan  ialah pelajar dapat berkongsi maklumat tentang pelajaran antara pelajar dan juga pensyarah atau guru. Hal ini membolehkan mereka dapat berkongsi sesuatu maklumat dengan mudah dan bila-bila masa. Misalnya, Pelajar-pelajar juga dapat berkomunikasi secara maya dan memperoleh idean semasa melaksanakan kerja kursus, ulangkaji dan sebagainya. Keadaan ini juga membolehkan pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi terutamanya, dapat meningkatkan pemahaman mereka dalam sesuatu bidang yang dipelajari. Seterusnya, sistem ini juga memudahkan untuk menyimpan rekod dengan selamat. Hal ini dikatakan demikian kerana, penyimpanan maklumat secara berpusat ini merupakan cara penyimpanan maklumat yang lebih selamat.
            
                Sistem ini juga sangat penting dalam bidang perniagaan kerana ia berfungsi dalam perakaunan, penjanaan dokumen dan laporan kawalan. Ia juga penting  dalam  mengurangkan risiko dalam perniagaan. Dalam hal ini, risiko yang dimaksudkan dalam sistem perniagaan ialah kehilangan maklumat mengenai pelanggan, pembekal dan pekerja dalam sesebuah syarikat yang juga dianggap sebagai salah satu aset yang sangat berharga dalam perniagaan. Sistem ini dapat mengelakkan sebarang risiko dalam sesuatu perniagaan kerana sistem ini akan menjadi bahan bukti dan sekali gus membantu membuat salinan bagi dokomen-dokumen yang disimpan dalam sistem tersebut.

       Sistem  ini sangat berguna dalam menjimatkan kos operasi kerana sistem ini membantu peniaga untuk mengurangkan penggunaan kertas dan ruang pejabat. Keadaan ini akan memudahkan proses penyimpanan maklumat dalam sesuatu perniagaan yang dijalankan secara besar-besaran. Misalnya, seseorang yang berniaga tidak perlu menggunakan sistem maklumat secara manual yang agak kompleks dan sukar untuk menyimpan maklumat mengenai urusan perniagaan antara pembekal dan pelanggan.  Sistem pengurusan maklumat ini berguna untuk mengurangkan perbelanjaan dan memaksimumkan keuntungan dalam kalangan peniaga.
            
               Selain itu, sistem  pengurusan maklumat juga penting untuk menjimatkan masa seseorang peniaga yang menjalankan perniagaan secara besar-besaran. Misalnya, sistem ini akan membantu peniaga yang mempunyai syarikat di peringkat antarabangsa. Sistem pengurusan maklumat ini juga akan membantu para peniaga atau staf di sesuatu syarikat dalam menjimatkan masa mereka  semasa mencari maklumat mengenai pembekal dan pelanggan dengan pantas dan mudah serta dapat menjimatkan masa. Sistem  ini  penting untuk  membantu urusan perniagaan berjalan secara lancar.
            
               Kepentingan yang lain turut diperolehi ialah, sistem ini memudahkan urusan antara pelanggan dan syarikat yang mereka menerima barang dan perkhidmatan. Dalam hal ini, sistem ini sangat penting untuk memudahkan pelanngan berhubung dengan sesuatu syarikat terutamanya ketika membuat pesanan untuk membeli sesuatu barang. Selain itu, sistem ini penting untuk pelanggan mereka boleh melihat  serta memilih sesuatu produk yang dijual oleh sesebuah syarikat secara atas talian. Keadaan ini menjimatkan masa, tenaga dan wang pelanggan. Oleh itu, sistem penting untuk memudahkan cara pembelian produk serta menarik perhatian pelanggan.
      
               Kesimpulannya, sistem pengurusan maklumat ini sangat penting untuk semua pihak supaya sesiapa yang menggunakan sistem ini akan menerima banyak manfaat pada masa hadapan.